“Kamu Cina, Ini Tempat Melayu” – 1Malay-Sial

Ong Vic Kee, Merdeka Review

“Kamu orang Cina, sini tempat Melayu,” herdik seorang lelaki di bilik gerakan Barisan Nasional terhadap dua orang wartawan perempuan di Kampung Sungai Buaya, pagi ini. Malah, lelaki tersebut menuduh wartawan yang sedang bekerja di bilik gerakan itu sebagai “pengintip dari pihak musuh”.

Kejadian ini berlaku apabila wartawan MerdekaReview membuat liputan di Kampung Sungai Buaya bersama seorang lagi wartawan dari Laksou (satu media internet bahasa Cina).  Kedua-dua orang wartawan perempuan keturunan Cina ini singgah di bilik gerakan BN untuk menyiapkan kerja, selepas mendapat kebenaran daripada petugas bilik gerakan BN.

Pada mulanya, beberapa orang petugas yang peramah menyediakan meja untuk wartawan, setelah mengenalpasti identiti mereka.  Namun, pada masa kedua-dua orang wartawan mulakan kerja mereka, seorang lelaki berketurunan Melayu memasuki bilik gerakan itu secara tiba-tiba.

Beliau dan pengikutnya bertanya kepada wartawan, siapakah dan dari manakah mereka datang?  Wartawan tersebut telah memaklumkan secara lisan identiti mereka, malah wartawanLaksou telah menunjukkan kadnya, di samping menyatakan tujuan mereka berada di situ.

Namun, lelaki yang disyaki sebagai ketua bilik gerakan tersebut memarahi wartawan kerana tidak menyatakan identiti dan mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu untuk masuk ke bilik gerakan.  Bagaimanapun, lelaki tersebut juga tidak menyatakan identitinya.

Wow, is this for real? 1Malaysia Is Real or 1Malaysia Israel?

I wonder how much did they spend with this 1Malaysia slogan?

read more here

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: